Agrobank serah kad Takaful Kasih

Iklan
Tengku Ahmad Badli Shah (dua dari kiri) menyerahkan replika kad Takaful Kasih kepada Abdul Rahman (kanan) sambil disaksikan oleh Haslina (dua dari kanan) dalam majlis penyerahan itu yang diadakan di MAEPS, Serdang.

AGROBANK telah menyerahkan replika kad Takaful Kasih untuk pesawah di bawah program Komuniti Industri Tani Bernas (KITA) pada Ahad.

Ia merupakan salah satu usahasama di antara Agrobank dan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dalam membina komuniti tani yang mampan sekali gus menawarkan peluang dan nilai tambah melangkaui perbankan kepada setiap pesawah di bawah program KITA bagi meneraju peningkatan hasil padi dalam pasaran Malaysia.

Iklan
Iklan

Penyerahan replika kad Takaful Kasih telah disempurnakan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin kepada Ketua Bahagian Pengurusan Konsesi dan Aktiviti Huluan Bernas, Abdul Rahman Mohd Nasrid dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, Pelan Perlindungan Takaful Kasih Plus itu telah dibangunkan khas oleh Agrobank untuk membantu dan menambah pelan perlindungan takaful kepada ahli program KITA.

Iklan

"Pada masa yang sama, ia untuk menarik minat lebih ramai pengusaha-pengusaha tanaman padi agar turut sama menjadi ahli Program KITA, dengan nilai sumbangan serendah lima sen sehari atau sumbangan tahunan berjumlah RM21.20 sahaja.

"Ia juga merupakan kesinambungan dari usaha berterusan Agrobank untuk terus mendukung pertumbuhan sektor pertanian dan agromakanan negara, selaras dengan Dasar Agromakanan Negara yang bertujuan untuk meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) makanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Beliau turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa situasi yang tidak diduga dan di luar kawalan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan pada bila- bila masa.

Tengku Ahmad Badli Shah (kiri), Haslina (tengah) dan Abdul Rahman (kanan) memegang replika kad Takaful Kasih bersama kakitangan Agrobank dan tetamu yang hadir di booth Agrobank di Dewan A MAEPS, Serdang.

"Maka, manfaat yang ditawarkan dalam Pelan Perlindungan Takaful Kasih oleh Agrobank ini sangat membantu dalam situasi di mana dana kecemasan kita tidak mencukupi dan jika berlaku musibah kematian misalnya, manfaat takaful seperti ini akan dapat mengurangkan sedikit beban yang akan ditanggung oleh waris dalam mereka meneruskan kehidupan mereka.

"Setakat hari ini, lebih 6,000 pesawah KITA telah menerima perlindungan Takaful Kasih daripada Agrobank dan pelan ini memberikan perlindungan terhadap kemalangan kepada orang yang dilindungi sebelum tamat tempoh sijil Takaful,” katanya.

Bersempena MAHA 2022 yang sedang berlangsung di Maeps sehingga 14 Ogos ini, Agrobank turut menawarkan kad istimewa bagi pelan perlindungan Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2022.

Untuk yang berminat boleh mengunjungi booth Agrobank di Dewan A MAEPS, Serdang.