Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hadir pada Majlis Perbarisan Pentauliahan Sijil Sains Kebombaan Siri 1, 2022 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai hari ini.
Seramai 737 pegawai bomba terdiri daripada 686 pelatih lelaki dan 51 pelatih wanita ditauliahkan setelah selesai menjalani kursus selama enam bulan bermula pada 7 Februari hingga 8 Ogos lalu.