Akhirnya keputusan memihak kepada penduduk

Iklan
Wei Kiat (kiri, berdiri) menyantuni penduduk Kampung Baru Sungai Terentang di program edaran kalendar 2019, pagi tadi.

RAWANG - Perjuangan 13 tahun penduduk Kampung Baru Sungai Terentang di sini yang membantah Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) menggunakan kawasan kampung berakhir dengan berita gembira.

Adun Rawang, Chua Wei Kiat berkata, status semasa projek rentis talian bekalan elektrik di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu memihak kepada penduduk selepas cadangan jajaran baru diluluskan.

Iklan
Iklan

Susulan itu menurutnya, lima menara yang telah dipasang sewaktu awal projek bakal dirobohkan selewat-lewatnya enam bulan dari sekarang.

"TNB memaklumkan pihaknya dalam proses tender bagi kerja perobohan menara dan struktur yang berkaitan di tapak Kampung Baru Sungai Terentang yang mengambil masa enam bulan dari sekarang.

Iklan

"TNB turut mengesahkan jajaran 33KV di bawah izin lalu di kampung itu oleh kerajaan British kepada Lembaga Lektrik Negara sejak 1949 tidak lagi diperlukan dan dibatalkan, juga akan dirobohkan," katanya yang ditemui di lokasi dalam program edaran kalender 2019, pagi tadi.

Terdahulu, Sinar Harian pernah melaporkan kekecohan di kawasan kampung baru itu pada 2012 oleh penduduk yang menghalang TNB memulakan kerja di jajaran asal selepas keputusan mahkamah memihak kepada TNB.

Iklan

TNB dibenarkan meneruskan projek tetapi perlu membayar pampasan sebanyak RM10.4 juta kepada penduduk terlibat.

Menara 275KV yang dipasang bakal dirobohkan, dijangka mengambil masa enam bulan dari sekarang.

Bantahan penduduk susulan jarak jajaran dengan rumah terlalu hampir dan faktor keselamatan kerana talian bekalan elektrik itu 275KV berbanding 33KV sebelum ini.

Bantahan tersebut telah mendapat campur tangan kerajaan negeri di bawah bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengarahkan agar projek CAR itu dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)

Wei Kiat berkata, MMKN pada 2016 bersetuju menarik balik pengambilalihan tapak jajaran asal itu melibatkan 35 lot tanah penduduk.

"Pengambilalihan bagi jajaran CAR 275kV selepas cadangan jajaran baru dari Bukit Terek ke Chubadak diluluskan oleh kerajaan negeri dan TNB.

"Unit Perancang Ekonomi telah membuat permohonan rasmi kepada pejabat tanah dan daerah Gombak tahun lalu bagi penarikan balik tanah di bawah Seksyen 35 APT 1960," katanya.

Katanya, masalah itu berlanjutan dalam tempoh panjang disebabkan perbezaan pentadbiran antara negeri dan Pusat sebelum PRU14.

"Saya yakin masalah itu mampu diselesaikan segera selepas perubahan kerajaan baharu, dan maklum balas yang diterima berkenaan perkembangannya juga positif.

"Penduduk mohon perkara itu diselesaikan segera bagi mengelak keputusan yang dicapai sebelum ini terbatal sekiranya berlaku perubahan kerajaan pada masa akan datang," katanya.