Kesedaran kesamarataan jantina semakin meningkat: Kajian

Iklan
53 peratus responden setuju lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama. Gambar hiasan. - Foto 123RF

SHAH ALAM - Kesedaran mengenai kesamarataan jantina semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di Malaysia, menurut laporan Pusat Penyelidikan Undian UCSI.

Hasil dapatan kaji selidik itu menunjukkan 53 peratus responden terbabit dalam penyelidikan tersebut bersetuju lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama manakala peratusan yang sama turut bersetuju bahawa peluang diberi kepada kedua-dua gender adalah adil.

Iklan
Iklan

"Namun 58 peratus berpendapat wujud ketidaksamarataan jantina di rumah, sekolah, tempat kerja dan sebagainya.

"Responden ditanyakan sama ada mereka pernah berdepan atau menyaksikan ketidaksamarataan jantina di rumah, sekolah, tempat kerja dan sebagainya, 72 peratus mengatakan Ya,” menurut Pusat Penyelidikan Undian UCSI dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Seramai 544 orang responden terbabit dalam kaji selidik tersebut.

Sementara itu, pendapat responden terhadap persepsi jantina pula menunjukkan 63 peratus daripadanya tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa wanita yang bekerja telah mengambil pekerjaan daripada lelaki.

Iklan

62 peratus responden pula tidak bersetuju dengan kenyataan seorang wanita harus bertolak ansur dengan keganasan untuk memastikan keluarganya terjaga dan 55 peratus responden turut memiliki pendapat sama berhubung kenyataan tugas wanita paling penting adalah menjaga rumah dan memasak untuk keluarga.

Kenyataan akhbar mengenai laporan Pusat Penyelidikan Undian UCSI pada Isnin.

Sebanyak 54 peratus responden juga tidak bersetuju dengan kenyataan pemberian hak lebih banyak kepada wanita menyebabkan lelaki kehilangan hak mereka.

Dalam pada itu, kaji selidik tersebut mendapati hanya 49 peratus responden sedar kewujudan undang-undang tersebut mengenai kewujudan undang-undang yang melindungi wanita di bawah keganasan rumah tangga seperti Seksyen 375 Kanun Keseksaan bagi rogol dengan 24 peratus daripadanya tidak pasti dan 27 peratus lagi tidak tahu.

Pensyarah undang-undang Universiti UCSI, Noor Zira Azlin berkata, masih banyak isu mengenai kesamarataaan jantina yang perlu diperbaiki sama ada di rumah, tempat kerja mahupun sekolah.

"Kaji selidik ini menunjukkan bahawa mereka merasakan dan menyaksikan ketidaksamarataan jantina itu berlaku.

"Kini Malaysia telah mencadangkan Rang Undang-Undang Kesamarataan Jantina 2017 yang dibawa oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

"Wanita adalah salah satu komponen penting dalam pembangunan modal insan terhadap negara dan mereka layak diberikan status sosial yang sama rata,” katanya.

Indeks Jurang Jantina Forum Ekonomi Dunia 2022, menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-103 di dunia berbanding negara jiran seperti Singapura (49), Thailand (79) dan Indonesia (92).