Bank Muamalat tawar pembiayaan perumahan kepada pemohon bekerja sendiri

Iklan
Khairul Kamarudin

[DIKEMAS KINI] BANK Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menawarkan pembiayaan sehingga RM400,000 melalui skim SMART Mortgage SJKP untuk membantu mereka yang bekerja sendiri dan tidak berpendapatan tetap.

Ini termasuk pekerja ekonomi gig, peniaga kecil atau usahawan untuk memiliki rumah pertama mereka dan skim tersebut dijamin oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) untuk membantu mereka yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan untuk memiliki rumah.

Iklan
Iklan

Bagi mereka yang layak, jumlah pembiayaan yang disediakan melalui skim ini termasuk perbelanjaan berkaitan seperti Takaful Jangka Mengurangkan Gadai Janji (MRTT), Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang (LTHT), yuran guaman dan penilaian.

Ini adalah pakej kos kemasukan sifar untuk pemilik rumah baharu dengan margin pembiayaan 100 peratus dengan semua kos pemindahan dan perbelanjaan berkaitan akan dibiayai oleh Bank.

Iklan

Skim ini telah terbukti berjaya membantu pembeli rumah untuk memiliki rumah idaman pertama mereka di bawah kerjasama Bank dengan SJKP, yang telah bermula sejak Oktober 2019. Bank sentiasa memberi penekanan kepada usaha membantu segmen pasaran mampu milik untuk memiliki rumah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Khairul Kamarudin berkata, banyak bakal pembeli rumah telah menangguhkan rancangan mereka berikutan kenaikan kos sara hidup dan harga pasaran yang lebih tinggi.

Iklan

"Ini ditambah kos dan yuran untuk memiliki rumah, seterusnya dengan peruntukan tambahan deposit untuk memiliki rumah.

"Namun dengan skim SMART Mortgage SJKP, bakal pembeli rumah boleh meneruskan rancangan mereka untuk memiliki rumah pertama mereka," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan oleh Bank Muamalat, sila layari www.muamalat.com.my atau https://map.muamalat.com.my/ atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi Bank terdekat Cawangan Muamalat.