Rachel-Aifa raih gangsa, Eain Yow-Ivan kempunan pingat

Iklan
Rachel Arnold-Aifa Azman menghadiahkan pingat gangsa buat kem negara dalam acara beregu wanita skuasy pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham. - Foto AFP.

PASANGAN Rachel Arnold-Aifa Azman menghadiahkan pingat gangsa buat kem negara dalam acara beregu wanita skuasy pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham di sini pada Isnin.

Rachel-Aifa menewaskan rakan sepasukan Noor Ainaa Amani Ampandi-Chan Yiwen 2-0 (11-3, 11-9) pada saingan penentuan pingat gangsa yang berlangsung di Pusat Skuasy dan Hoki, Universiti Birmingham.

Iklan
Iklan

Gandingan Joelle King-Amanda Landers-Murphy dari New Zealand memenangi pingat emas selepas menumpaskan pasangan dari England Sarah-Jane Perry dan Alison Waters, 2-0 (11-8, 11-8).

Sementara itu, Ng Eain Yow-Ivan Yuen kempunan untuk meraih gangsa apabila tumpas kepada pasangan dari Scotland Greg Lobban-Rory Stewart 0-2 (10-11, 6-11) pada aksi penentuan tempat ketiga.

Iklan

Pingat emas dan perak menjadi milik tuan rumah, England menerusi James Willstrop-Declan James yang menewaskan rakan senegara Adrian Waller-Daryl Selby, 2-1 (11-3, 7-11, 11-9). - Bernama

Iklan