KUALA LUMPUR - Akaun Telegram milik Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah malam ini telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, beberapa jam selepas perkara sama berlaku terhadap akaun Telegram peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Saifuddin yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter berkata, pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.