Olivia Newton-John meninggal dunia akibat kanser

Iklan
Mendiang dikatakan meninggal dunia dalam keadaan tenang di kediamannya di California pada Isnin pagi di sisi ahli keluarga dan kenalan rapat. - Foto AP

PENYANYI dan pelakon, Olivia Newton-John dilaporkan meninggal dunia pada usia 73 tahun pada Isnin.

Olivia yang popular menerusi filem muzikal Grease itu dikatakan menghembuskan nafas terakhir pada Isnin pagi akibat kanser.

Iklan
Iklan

Suami mendiang, John Easterling mengesahkan berita sedih itu menerusi laman media sosialnya. Dikatakan, mendiang meninggal dunia dalam keadaan tenang di kediamannya di California pada Isnin pagi di sisi ahli keluarga dan kenalan rapat.

Easterling turut memohon agar orang ramai menghormati privasi ahli keluarga ketika waktu sukar ini.

Iklan

Mendiang yang berjaya melakar nama dalam industri seni selama 30 tahun itu sebelum ini mendedahkan melalui rawatan kanser yang merebak ke tulang belakangnya pada September 2018.

Ia adalah diagnosis kanser ketiganya, selepas serangan kanser payudara pada awal 90-an dan pada 2017. - Awani

Iklan