PENGENDALI Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar ASEAN, redONE Network Sdn Bhd (redONE) meraikan bulan Merdeka bersama pelanggannya dengan memberikan hadiah bernilai RM65,000 kepada pemenang bertuah menerusi peraduan redONE Senang Menang Merdeka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Farid Yunus berkata, pelanggan yang mendaftar talian baharu atau port-masuk ke redONE Postpaid pada pelan minimum RM8 antara 1 hingga 31 Ogos 2022 akan berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk motosikal Yamaha NMAX dan Lagenda 115z, iPhone 13, iPad 10.2, baucar beli-belah AEON dan sebagainya.
Menurutnya, pada tahun ini, redONE juga meraikan ulang tahunnya yang ke-10 dan kempen itu bertujuan untuk mewujudkan keterujaan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam peraduan ringkas namun bermanfaat ini yang selaras dengan slogan syarikat ‘Back to Basics’.
"Pelan redONE Postpaid direka bentuk dengan simplisiti yang menawarkan pelan mampu milik yang berbaloi kepada pelanggan. Pelan Amazing38 yang baru dilancar menawarkan 38GB data dan panggilan tanpa had pada hanya RM38 sebulan manakala pelan Amazing58 menawarkan 65GB data dan panggilan tanpa had pada RM58 sebulan.
"Pilihan lain yang popular ialah pelan data dan panggilan tanpa had Hybrid50U yang berharga hanya RM50 sebulan.
"Pelan-pelan ini datang tanpa kontrak dan memberi manfaat kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat terutamanya pada masa ekonomi ini dengan kemampubelian pelan, disokong oleh liputan rangkaian yang boleh stabil,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pelan-pelan di atas boleh didaftarkan melalui proses Pendaftaran Sendiri Digital OnBoarding redONE atau di mana-mana rakan niaga jualan redONE di seluruh negara.
"Dalam menyambut ulang tahun ke-10 kami tahun ini, kami menghargai pelanggan kami dan semua rakyat Malaysia yang telah menyokong kami. Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan perkhidmatan dan inisiatif yang lebih baik yang mengujakan masyarakat seperti peraduan redONE Senang Menang Merdeka,” katanya.
Pelan-pelan redONE Postpaid boleh di dapati di semua rakan niaga redONE di seluruh negara atau melalui pendaftaran sendiri di redONE.com.my.