Serena yakin mara lebih jauh

Iklan
Serena. - Foto GettyImages

BEKAS pemain tenis nombor satu dunia, Serena Williams, 40 yakin mampu mara lebih jauh pada Kejohanan Terbuka Bank Nasional di Toronto, setelah menewaskan pemain Sepanyol, Nuria Parrizaz Diaz pada pusingan pertama kejohanan berkenaan pada Selasa.

Mengulas mengenai kemenangan berkenaan, Serena berkata, ia merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat dirinya setelah tidak beraksi di gelanggang dalam tempoh 14 bulan.

Iklan
Iklan

"Saya sungguh teruja dengan kemenangan ini dan berharap ia membantu saya untuk terus mencatatkan kemenangan pada kejohanan ini.

"Diharapkan kemenangan berkenaan ini akan menguatkan lagi semangat saya bagi melakar kemenangan seterusnya pada kejohanan kali ini,” katanya.

Iklan

Pada aksi pusingan pertama berkenaan, Serena mencatatkan kemenangan 6-3 6-4 ke atas pemain ranking ke-57 dunia itu.

Kali terakhir Serena melakar kejayaan di gelanggang adalah pada Terbuka Perancis 2021 sebelum tewas 3-6, 5-7 pada pusingan keempat kepada pemain Russia, Elena Rybakina.

Iklan

Sementara itu, Serena berkata, dia tidak sabar untuk beraksi pada pusingan kedua kejohanan berkenaan dan seterusnya mara lebih jauh kali ini.

Malah apabila diberitakan dia bakal berdepan pemenang pingat emas Olimpik, Belinda Bencic dari Switzerland atau pemain Republik Czech, Tereza Martincova, Serena mengakui dia sudah mula membuat persiapan bagi mengharungi aksi kedua berkenaan.

"Seperti yang saya katakan tadi, saya cukup teruja untuk kembali ke gelanggang dan saya bersedia untuk berdepan sesiapa sahaja dan mara lebih jauh kali ini,” katanya.