Pengamal perubatan tradisional didakwa bunuh wanita

Iklan
Hong Chiew (depan) dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang pada Selasa, atas tuduhan membunuh seorang wanita di sebuah rumah, dua minggu lalu.

AMPANG - Seorang pengamal perubatan tradisional wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas tuduhan membunuh seorang wanita yang mendapatkan rawatan di rumahnya, dua minggu lalu.

Che Hong Chiew, 51, yang memakai baju kelabu, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas seorang wanita, Lim Sin Lue, 41.

Iklan

Kesalahan didakwa dilakukan di ruang tamu di sebuah rumah di Jalan Perdana 2/20, Pandan Perdana di sini antara jam 4.45 petang hingga 5 petang, 27 Julai lalu.

Atas pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Iklan

Timbalan Pendawa Raya Annur Athirah Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 13 Oktober untuk laporan kimia.

Pada 28 Julai lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang pengamal perubatan tradisional ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang wanita di sebuah rumah di Pandan Perdana di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, seorang wanita menghubungi pihak polis, memaklumkan anaknya berusia 41 tahun telah meninggal dunia pada jam 6.35 petang.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan berbaring dan tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah pengamal perubatan tradisional itu.