MUAR - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan memasang Sistem Amaran Awal (EWS) di 20 Taman Eko Rimba di seluruh negara yang berisiko dilanda fenomena, terutamanya kejadian tanah runtuh dan kepala air, susulan keadaan cuaca tidak menentu tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Indera Mohd Ridza Awang berkata, buat permulaan, lapan alat EWS melibatkan kos RM3.2 juta akan dipasang, antaranya, di Taman Eko Rimba Lata Iskandar, Perak; Kledang Saiong, Perak; Sungai Tua, Selangor dan Taman Eko Rimba Sungai Pandan, Pahang.
Katanya, baki 12 alat pengesanan bencana itu akan dipasang di kawasan Taman Eko Rimba berisiko di sekitar negeri Perak, Selangor dan Pahang, selewat-lewatnya akhir tahun ini.
"Sistem ini (EWS) akan dipasang di tempat strategik di kawasan yang berisiko berlaku fenomena kepala air dan apabila curahan hujan dalam keadaan luar biasa dan paras hujan tinggi, sistem ini akan membunyikan siren amaran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara di Muar Traders Hotel di sini pada Selasa.
Mohd Ridza menjelaskan siren berkenaan berperanan untuk memberikan amaran kepada pengunjung, sekali gus memberi peluang dan masa kepada mereka untuk keluar dari kawasan yang berisiko itu.
"JPSM juga akan bersama dengan jabatan dan agensi lain di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bagi mengenal pasti lokasi lain, selain Taman Eko Rimba bagi pemasangan sistem EWS ini bagi mengelakkan kejadian di Baling, Kedah, berulang,” katanya.
Sementara itu, ketika mengulas berkenaan ekspedisi saintifik yang dijalankan semenjak tahun 1999 itu, ia merupakan satu usaha penting untuk mengumpul data dan maklumat mengenai kepelbagaian biologi hutan di negera ini.
"Bagi ekspedisi terbaru yang dijalankan pada 14 hingga 17 April lepas, seramai 54 peserta terdiri daripada lapan universiti telah berjaya merekodkan 267 spesis flora dan 114 spesis fauna di Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara, Muar,” katanya. - Bernama