OKT berang: Keluarga enggan bayar jamin

Iklan
Osman

TAIPING - Seorang lelaki orang kena tuduh (OKT) berang dan bertindak mencederakan dirinya selepas keluarganya enggan membayar wang jaminan.

Dia dilihat cuba membunuh diri dengan menghantukkan kepala pada cermin papan kenyataan ketika dibawa ke lokap Mahkamah Majistret Taiping, hari ini.Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, OKT berusia 20 tahun itu bertindak agresif selepas keluarganya enggan membayar sejumlah RM3,000 yang dikenakan selepas selesai pertuduhan."Lebih kurang jam 9.30 pagi, OKT diiringi polis pengiring keluar dari mahkamah berkenaan dalam keadaan kedua-dua tangan bergari di belakang.

Iklan
Iklan

"Tiba-tiba OKT meronta dan menghantuk kepala pada cermin beberapa kali hingga menyebabkan cermin itu pecah. Akibat itu, OKT mengalami luka di dahi dan tangan,” katanya.

Seorang anggota polis turut cedera di tangan kanan akibat pergelutan itu.

Iklan

"OKT ditangkap pada 29 Mac lalu di atas kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Siasatan dijalankan mengikut seksyen 309 Kanun Keseksaan,” katanya.

Iklan