KOTA BHARU - Pas tidak akan menyertai Gerakan Tanah Air (GTA), kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menyifatkan penubuhan GTA tidak memberi kesan kepada Pas, beliau berkata, gabungan itu yang dipelopori Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) bukanlah terdiri daripada parti-parti dominan.