Hujan lebat di Korea Selatan: 8 terkorban, 6 masih hilang

Iklan
Orang ramai mengharungi air dan kereta separuh tenggelam di daerah Gangnam di Seoul selepas hujan lebat membadai bandar itu. Foto AFP

SEOUL - Lapan orang terkorban dan enam lagi hilang akibat hujan lebat yang melanda wilayah metropolitan Korea Selatan, kata Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat pada Selasa, lapor Xinhua.

Hujan melebihi 100 milimeter sejam melanda ibu kota Seoul, bandar pelabuhan barat Incheon dan wilayah Gyeonggi, yang bersebelahan dengan Seoul, pada Isnin malam.

Iklan
Iklan

Curahan hujan lebat melebihi sejam di daerah Dongjak di Seoul mencecah 141.5 milimeter pada satu ketika, menandakan angka yang tertinggi sejak Ogos 1942.

Hujan sehingga 300 milimeter diramalkan turun di wilayah metropolitan hingga Rabu.

Iklan

Hujan lebat turut mengakibatkan jalan kereta api di Seoul dan Incheon ditenggelami banjir dan menyebabkan perkhidmatan di beberapa laluan kereta api bawah tanah dihentikan sementra.

Sebahagian daripada lebuh raya, jalan raya, jalan raya bawah tanah dan tempat letak kereta di tepi sungai telah disekat, dan aktiviti mendaki di lima gunung taman negara ditutup untuk keselamatan.

Iklan

Lapan laluan feri penumpang juga tidak beroperasi.

Kementerian dalam negeri telah meningkatkan tahap pemantauan banjir daripada 'berjaga-jaga' kepada 'serius'. - Bernama