Kaji cadangan GLC jadi pembungkus minyak masak subsidi

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengkaji cadangan membenarkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membungkus minyak masak polibeg bersubsidi bagi mengekang ketirisan produk itu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia adalah antara cadangan yang akan dipertimbangkan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun kita akan teliti dahulu bagaimana GLC ini boleh membantu lebih 300 syarikat pembungkusan yang kita lesenkan, kita lihat bagaimana syarikat ini boleh membantu pengagihan supaya seluruh negara akan mendapat minyak ini, tidak ada negeri yang kurang dan tidak ada yang terlebih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat reruai KPDNHEP sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini.

Iklan

Mengulas mengenai laporan ada peniaga di negeri tertentu yang menjual minyak masak dalam botol melebihi harga maksimum, Alexander berkata, peniaga-peniaga terbabit diminta supaya mematuhi harga ditetapkan yang bermula semalam.

"Tetapi jika ia berterusan kita akan ambil tindakan untuk mengelak ia memberi kesan kepada golongan pengguna,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Alexander berkata, minyak masak dalam paket yang terapung di perairan Indonesia seperti yang tular di media sosial baru-baru ini bukan milik Malaysia.

Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima minyak masak tersebut adalah milik Indonesia. - Bernama