Sertai Taranum Challenge sempena Malaysia #QuranHour 2022

Iklan
Gambar kecil: Muhamad Halim

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengajak orang ramai untuk sertai Taranum Challenge #RoadToMalaysiaQuranHour2022 di platform Facebook Quran Hour dan Intagram TickTalk TV bermula 8 hingga 27 Ogos ini.

Pengurus Projek Taranum Challenge, Muhamad Halim Zainudin berkata, pertandingan bacaan taranum Surah Al-Sajdah tersebut dianjurkan sempena Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos 2022.

Iklan
Iklan

"Peserta perlu meniru gaya bacaan Qari My #HadithTime, Mohamad Husaini Mahmur dalam video Taranum Challenge yang dikongsi di platform Facebook Quran Hour atau boleh layari https://bit.ly/TCMQH2022.

"Cabaran tersebut bertujuan menarik minat orang ramai mendekati al-Quran dengan cara bacaan yang berbeza daripada kebiasaan. Mereka perlu meniru cara bacaan Qari My#HadithTime, Mohamad Husaini Mahmur yang juga sebagai juri Taranum Challenge.

Iklan

"Beliau memperdengarkan bacaan taranum ayat 15, 16 dan 24 dalam Surah Al-Sajdah pada minggu yang berlainan. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara tanpa had umur,” katanya.

Untuk penyertaan Taranum Challenge, sila isi borang Google yang disediakan untuk menghantar link video penyertaan di https://bit.ly/3vM2sA6.

Iklan

Muat naik video penyertaan di Facebook, Instagram atau TikTok berserta nama.

Pastikan video anda mudah akses dan dan tanda pagar #roadtoMQH2022 & Malaysia #QuranHour.

Antara syarat lain, video yang menampakkan wajah penuh dan audio perlu jelas.

Mereka yang berjaya meniru bacaan qari asal dengan sempurna akan dikira pemenang.

Tiga pemenang mingguan akan diumumkan di Facebook QuranHour.

Pemenang pertama mingguan bakal menerima wang RM300, senaskhah al-Quran dan buku islamik terbitan Karya Bestari, manakala dua pemenang mingguan seterusnya menerima hadiah naskhah al-Quran dan buku islamik terbitan Karya Bestari.

Malaysia #QuranHour kali ke-8 diadakan sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan sebagai panduan dalam membina negara Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur (negara baik yang mendapat keampunan ALLAH SWT).

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Quran Hour dan Instagram TickTalk TV.