CEO LTAT tampil perjelas isu LCS

Iklan
Hantaran Facebook Ahmad Nazim

SHAH ALAM - Selepas beberapa hari kontroversi berhubung perolehan kontrak kapal tempur pesisir (LCS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengundang reaksi pelbagai, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman akhirnya tampil memberikan penjelasan sebenar.

Menurut Ahmad Nazim, projek LCS secara dasarnya terhenti pada tahun 2019 atas pelbagai faktor, namun pada April tahun ini kabinet memutuskan untuk menyambungnya semula berdasarkan opsyen paling murah.

Iklan
Iklan

Kata beliau, tiga opsyen itu termasuk pelan penstrukturan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

"Pelan penstrukturan semula BNS ini diteliti oleh pihak kerajaan di pelbagai peringkat termasuk jawatankuasa kabinet yang mengambil masa selama lapan bulan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada malam Selasa.

Iklan

Ahmad Nazim pada masa sama turut mengakui dirinya terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek itu bersama Kementerian Pertahanan dan TLDM baru-baru ini.

Selain itu, beliau telah beberapa kali turun ke Lumut Shipyard terletak di dalam pangkalan TLDM dan melawat projek LCS tersebut.

Iklan

"Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.

"Di bawah kontrak sekarang, pembinaan keenam-enam kapal ini perlu dibuat dalam masa yang sama (concurrently). Bukan bina satu, deliver satu. Lumut Shipyard besar dan ada kapasiti untuk pembinaan enam kapal sekali harung (sekali gus),” katanya.

Berhubung persoalan yang dibangkitkan ramai pihak mengapa bayaran dibuat sehingga enam kapal sekali gus, sedangkan perkembangan pembinaan hanya untuk lima projek, Ahmad Nazim berkata, ia disebabkan pembelian barang dibuat secara pukal.

"Ada yang membangkitkan persoalan RM6 bilion dari nilai kontrak RM9 bilion sudah dibayar. Kenapa bayar sampai RM6 bilion, tapi 'progress' pembinaan untuk lima kapal pertama hanya pada purata 55 peratus?

"(Ini) Sebab RM6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir kesemua peralatan yang perlu untuk bina enam kapal. Bulk order (pesanan pukal) lebih murah berbanding beli satu-satu),” katanya.