Warga emas rentung, isteri melecur rumah terbakar

Iklan
Keadaan rumah mangsa yang terbakar dalam kejadian di Jalan Kesang Laut, Kampung Kesang Laut, pada Selasa.

TANGKAK - [DIKEMAS KNI] Seorang lelaki warga emas rentung manakala isterinya cedera selepas rumah didiami mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Kesang Laut, Kampung Kesang Laut di sini pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 petang.

Iklan
Iklan

Susulan itu katanya, seramai 19 anggota dari BBP Tangkak dan BBP Muar dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) dikejarkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba membantu seorang warga emas yang melecur dalam kebakaran di di Jalan Kesang Laut, Kampung Kesang Laut, Tangkak, pada Selasa.

"Bagaimanapun, kebakaran melibatkan 30 peratus rumah separuh kekal itu berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Iklan

"Kebakaran itu menyebabkan mangsa, Ab Karim Md Aroff, 93, rentung manakala isterinya, Jibah Md Hussin, 87, cedera dan melecur. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) manakala mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya

Beliau berkata, operasi tamat jam 8.55 malam dan setakat ini jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Iklan