MALAYSIA dijangka mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua 2022 yang lebih positif, berdasarkan kenaikan angka Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) serta peningkatan jualan pembuatan pada Jun lepas.
Dalam nota tinjauannya pada Rabu, Ambank Research menjangkakan ekonomi negara ini berkembang 8.4 peratus tahun ke tahun dengan angka sebenar KDNK suku kedua itu akan diumumkan pada Jumaat ini.
"Secara menyeluruh, kami mengekalkan pandangan bahawa pertumbuhan KDNK 2022 adalah 5.6 peratus dengan kenaikan 6.0 peratus manakala penurunan pada 4.8 peratus.
"Angka Indeks Pengurus Pembelian (PMI) juga meningkat kepada 50.6 pada Julai 2022 daripada 50.4 peratus pada Jun 2022. PMI itu turut menunjukkan bahawa pesanan baharu sudah meningkat biarpun dalam persekitaran tekanan harga dan kekangan kapasiti,” katanya.
Sementara itu, Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata, di peringkat global, PMI pembuatan susut kepada 51.1 pada Julai apabila pesanan eksport baharu terus merosot berikutan penguncupan dalam aliran dagangan antarabangsa.
"Namun, peralihan kepada status endemik Covid-19 akan kekal menjadi sokongan terhadap industri pembuatan yang berorientasikan domestik.
"Pertumbuhan IPP suku kedua 2022 dijangka menyumbang peningkatan KDNK bagi tempoh sama. Kami turut mengekalkan jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) lagi pada September," katanya dalam nota penyelidikan pada Rabu.
Dalam pada itu, Kenanga Research berkata, pertumbuhan indeks pembuatan sememangnya dijangkakan selepas pengembangan lebih kukuh pada Jun yang telah mengimbangi penguncupan yang dialami pada April dan Mei.
Malah, pertumbuhan pembuatan itu juga berkemungkinan kekal disokong oleh pengukuhan permintaan domestik serta pemulihan permintaan luaran dengan jangkaan PMI Malaysia yang lebih baik pada Julai.
"Bagaimanapun, risiko penurunan terhadap pertumbuhan global kekal ada dengan United Kingdom dan Kesatuan Eropah masih berdepan risiko kemelesetan manakala jangkaan keadaan itu di Amerika Syarikat pula semakin reda.
"Kami mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia dalam lingkungan 5.0 hingga 5.5 peratus berdasarkan keyakinan berterusan terhadap permintaan domestik yang kukuh. Pada masa sama, kami kekal berhati-hati terhadap risiko luaran ke atas pertumbuhan dalam persekitaran gangguan rantaian bekalan selain kebimbangan mengenai kemelesetan global," katanya.- Bernama