Modric otai masih berbisa

Iklan
Modric yang mencecah usia 37 tahun bakal membawa cabaran Croatia pada Piala Dunia 2022 di Qatar hujung tahun ini.

PEMAIN Real Madrid, Luka Modric optimis untuk mengibar cabaran pasukan kebangsaan Croatia pada Piala Dunia edisi 2022 di Qatar hujung tahun ini biarpun sudah mencecah usia 37 tahun.

Justeru tidak penting buat pengurusnya, Carlo Ancelotti menguruskan minit permainannya musim ini kerana usia bukan halangan dan merasakan masih boleh beraksi dengan baik.

Iklan
Iklan

"Tidak perlu, tiada perbezaan. Selalu saya katakan umur bukan halangan. Yang penting apa anda tunjukkan di atas padang, anda tak perlu lihat umur anda.

"Saya bercakap dengan jurulatih setiap hari tetapi bukan perkara itu. Pengurus tahu saya suka beraksi dan saya rasa bagus ketika bermain.

Iklan

"Saya bangga dapat membantu pasukan. Piala Dunia tidak mengubah apa-apa kepada saya. Saya hanya perlu bersedia, berlatih dan menjaga tahap kecergasan," katanya pada sidang akhbar di Helsinki sempena Piala Super

UEFA menentang Eintracht Frankfurt.

Iklan

Crotia mengesahkan tempat ke kejohanan terbesar dunia itu yang berlangsung di Qatar pada November dan Disember.

Mereka turut mara ke final edisi 2018 di Rusia dengan Modric membarisi kesebelasan utama.

Dia kemudian dinobatkan pemenang Ballon d'Or dan satu-satunya pemain selain Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi memenanginya sejak 2008.

Ketika Ivan Rakitic pemain tengah Croatia sejak sedekad lalu masih beraksi dan Mario Mandzukic yang mengetuai pasukan pada 2018 - bersara daripada bola sepak antarabangsa, Modric dijangka mengibarkan cabaran negaranya sekali lagi.

Croatia diundi dalam Kumpulan F bersama Belgium, Kanada dan Maghribi.