Sarawak terima RM2.58j bayaran cukai pelancongan

Iklan
Abdul Karim Rahman Hamzah

KUCHING – Kerajaan Sarawak telah menerima bayaran sejumlah RM2.58 juta hasil daripada cukai pelancongan yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2017.

Menteri Pelancongan Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun jumlah tersebut tidak sebesar mana tetapi kerajaan negeri tetap bersyukur kerana kerajaan pusat telah menunaikan janjinya untuk melaksanakan pembayaran tersebut.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman, tahun lepas, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi industri pelancongan Sarawak mencatatkan sejumlah RM7.95 billion dan ini merupakan jumlah yang besar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Sarawak di sini, hari ini.

Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan negeri, kerajaan pusat dan Pejabat Residen bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu difokuskan bagi melonjakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Iklan

Justeru itu, bagi meningkatkan lagi pendapatan dari segi pelancongan, kerajaan negeri berusaha untuk membangunkan prasarananya dan juga produk pelancongan sedia ada, katanya.

"Selain itu, kerajaan negeri juga bercadang untuk membina sebuah pusat beli-belah seperti"Premium Outlet” bagi membolehkan pelancongan berbelanja sambil melancong. Bagaimanapun, perkara ini akan diteliti semula,” katanya.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Karim berkata, kerajaan negeri berusaha untuk membangunkan prasarana di Gua Niah, Miri kerana ia telah menjadi tempat tumpuan dunia berikutan penemuan pelbagai bahan arkeologi berkaitan pembentukan tamadun manusia terawal dunia.

Berdasarkan penemuan artifek bersejarah yang ditemui oleh pakar arkeologi dari University New South Wales, Profesor Madya Dr Darren Curnoe dan pasukannya, Gua Niah pernah diduduki manusia lebih dari 40,000 tahun lalu.

"Prasarana ini termasuk pembinaan jambatan gantung bagi menghubungkan kawasan-kawasan utama di Gua Niah tanpa menjejaskan ekosistem dan alam sekelilingnya. - Bernama