VIETNAM menewaskan Thailand 1-0 dalam perlawanan ketiga Kejohanan Antarabangsa B19 2022 di wilayah selatan Vietnam, Binh Duong pada Selasa.
Meskipun sudah menempah tiket ke pusingan akhir, pasukan Vietnam tetap bermain dengan keazaman tinggi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Dinh Bac berjaya menjaringkan gol pada minit ke-14, membolehkan pasukannya mengawal perlawanan.
Pada minit-minit akhir, Thailand mencipta beberapa situasi berbahaya namun gagal membuat jaringan, perlawanan kekal 0-1 hingga wisel penamat. Keputusan itu menyingkirkan Thailand daripada kejohanan itu.
Dengan tiga kemenangan berturut-turut, Vietnam akan menentang Malaysia pada pusingan akhir Khamis ini. - Bernama