TOKYO - Seluruh barisan kabinet Jepun telah meletakkan jawatan, lapor Sputnik yang memetik laporan agensi berita Kyodo.
Satu mesyuarat khas kabinet diadakan pada jam 11.30 pagi waktu tempatan (02:30 pagi GMT). Kerajaan baharu Jepun yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Fumio Kishida dijangka diumumkan dalam waktu terdekat.
Mengikut rancangan awal, rombakan kerajaan sepatutnya dilakukan pada awal September.
Tetapi kerana ingin segera memperkenalkan konsep ekonomi"kapitalisme baharu" beliau, keperluan untuk mengambil tindakan berikutan kenaikan harga makanan dan bahan api, dan bertujuan membuat persiapan awal bagi sidang parlimen, Kishida memutuskan untuk segera melakukan proses rombakan dalam kerajaan. - Bernama