KKM pandang serius kegiatan pengamal pergigian haram

Iklan
KKM pandang serius terhadap laporan pihak tidak bertanggungjawab yang memberi khidmat latihan kepada pengamal pergigian haram.- Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap laporan pihak tidak bertanggungjawab yang memberi khidmat latihan kepada pengamal pergigian haram.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setiap aduan berhubung perkara tersebut akan disiasat sebelum tindakan penguatkuasaan diambil mengikut peruntukan kuasa di bawah Bahagian VI Akta Pergigian 2018 (Akta 804).

Iklan
Iklan

"Untuk tindakan penguatkuasaan, risikan dan siasatan perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan elemen kesalahan dapat dibuktikan tanpa dilakukan dengan tergesa-gesa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kegiatan pengamal haram itu yang turut meliputi pihak yang memberi khidmat latihan kepada pengamal pergigian haram boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk dan mengancam kesihatan masyarakat.

Iklan

"Justeru, KKM menyeru agar masyarakat mengajukan aduan secara rasmi kepada Program Kesihatan Pergigian KKM menerusi nombor telefon 03-88834215 atau email ohd@moh.gov.my," katanya.

Iklan