KUALA LANGAT - Padah tidak membayar saman parkir, seorang pengarah syarikat penternakan lembu dikenakan waran tangkap di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Rabu.
Selain itu, tertuduh yang berumur lingkungan 50-an turut dikenakan denda berikutan mendirikan binaan tanpa kelulusan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).
Iklan
Iklan
MPKL menerusi kenyataan memaklumkan pengarah syarikat tersebut dihadapkan ke mahkamah berikutan tertuduh yang juga pemilik tanah tidak mendapat kelulusan bangunan daripada MPKL.
"Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah melakukan kesalahan tersebut di Lot 8254, Bukit Perah 1, Banting Kuala Langat dan tertuduh didakwa di bawah Seksyen 70(13)(c) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1976.
"Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah mengaku salah dan dikenakan denda RM5,000 serta Perintah Temesti (Roboh) oleh Majistret Khairul Farhi Yusob," kata kenyataan itu pada Rabu.
Menurut kenyataan itu, tiga waran tangkap dikeluarkan dan dikenakan denda atas kesalahan tidak membayar parkir.
Pendakwaan telah dilakukan oleh Ketua Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim dan dibantu oleh Ahmad Razali Abdul Manaf.