Cendawan tiram kelabu

Iklan
Penduduk setempat, Rozali Muda, 63, memetik cendawan tiram kelabu yang sudah matang ketika ditemui di Kampung Mengabang Telung.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melaksanakan projek berkonsepkan pemindahan ilmu membabitkan perkongsian kepakaran penyelidiknya bagi mempertingkatkan taraf ekonomi komuniti yang berminat menceburi bidang pertanian.

Secara permulaannya, projek ini telah menerima suntikan dana sejumlah RM8,000 dari Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS) 2021, Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pertanian Kuala Nerus serta JPKK Mengabang Telung.

Projek permindahan ilmu cendawan tiram kelabu memberi manfaat kepada peserta komuniti kampung ini menjanakan pendapatan.