MCA kesal terhadap SPR

Iklan
Ahli MCA menunjukkan video cabutan bertuah anjuran PH.

SEREMBAN - MCA menemplak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersikap akademik atau secara sinisnya 'profesor' berbanding tugas sebagai penguatkuasa utama perjalanan pilihan raya.

Ketua Biro Kempen Masyarakat Sivik MCA, Ng Kian Nam berkata, sehingga kini, SPR tidak melihat hasil siasatan atau tindakan terhadap pelbagai aduan salah laku dalam enam PRK lalu termasuk Parlimen Port Dickson dan Cameron Highlands.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam tempoh beberapa hari berkempen di PRK DUN Rantau terdapat salah laku atau tindakan PH yang boleh dipersoalkan.

"Misalnya edaran kupon makanan percuma oleh Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng dan lawatan Ahli Exco negeri ini, Ismail Ahmad ke pusat orang kurang upaya (OKU) dalam DUN Rantau.

Iklan

"Kami juga menerima video satu majlis yang menyediakan hadiah cabutan bertuah yang didakwa berlaku di pekan Rantau malam tadi sedangkan ia seperti mengumpan pengundi," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan MCA DUN Rantau di sini, hari ini.

Mengikut di bawah Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya, SPR boleh menasihatkan Peguam Negara untuk mendakwa mereka yang melakukan kesalahan itu termasuk pengundi atau calon yang bertanding.

Iklan

Berikutan itu katanya, SPR perlu menetapkan peraturan baharu untuk PRK yang berbeza daripada PRU.

"Ia penting bagi mengelak banyak perkara kabur mengikut akta sedia ada. Ini kerana PRK bukan bertujuan memilih kerajaan baru dan tak wujud apa yang dikenali 'caretaker government',"katanya.