KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM4.40 seliter daripada RM4.50, sementara RON95 dan diesel kekal tidak berubah bermula Khamis sehingga 17 Ogos ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, RON95 dan diesel masing-masing akan kekal pada harga RM2.05 seliter dan dan RM2.15 seliter biarpun harga pasaran sebenar kedua-dua bahan api itu telah meningkat melebihi paras harga siling semasa.