KOTA BHARU - Masjid Ar-Rahmah, Mukim Pangkal Kalong di sini mengajak orang ramai berwakaf serendah RM50 sahaja.
Imam Satu masjid berkenaan, Abdul Karim Mashor berkata, dengan cara tersebut orang ramai dapat mengumpul pahala di samping membantu masjid membeli sebidang tanah seluas 0.306 hektar bernilai RM290,000.