Warga emas nyanyuk pandu kereta lawan arus

Iklan
Anggota trafik berjaya mengesan pemilik kenderaan dan tindakan saman telah diambil terhadap lelaki berusia 83 tahun itu. - Foto ihsan pembaca

LUMUT - Polis telah mengeluarkan saman terhadap warga emas yang dikesan memandu kereta secara melawan arus di Kilometer 211, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tindakan diambil terhadap lelaki berusia 83 tahun itu mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan
Iklan

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung berjaya mengesan pemilik kereta jenis Mercedes-Benz itu selepas video cara pemanduannya itu tular di laman sosial pada Selasa.

"Polis menahan warga emas terbabit dan tindakan saman telah diambil atas kesalahan memandu melawan arus (abaikan isyarat lalu-lintas)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Tangkap layar dari sebuah video memaparkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz dipandu melawan arus di WCE pada Selasa. - Foto ihsan pembaca
Iklan

Iklan

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai penyakit Alzheimer dan simptom nyanyuk.