Larian sasar 2,000 penyertaan

Iklan
#Setia4Malaysia Unity Run 2022 diadakan sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

KLANG – Pemaju hartanah, S P Setia bakal menganjurkan acara #Setia4Malaysia Unity Run 2022 pada 18 September depan di Setia Bayuemas di sini.

S P Setia dalam satu kenyataan berkata, acara larian itu diadakan sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia serta mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, S P Setia menyasarkan 2,000 peserta akan memeriahkan acara ini.

"200 peserta terawal akan menikmati yuran serendah RM35 untuk acara fun run dan RM55 bagi tiket acara separa maraton,” katanya.

Iklan
Iklan

Tiket #Setia4Malaysia Unity Run 2022 boleh dibeli secara dalam talian di https://www.jomrun.com/event/Setia4Malaysia-Unity-Run-2022 atau aplikasi JomRun yang dimuat turun di Apple App Store and Google Play Store sebelum 16 September ini.