Kebakaran hutan: 1,000 penduduk terpaksa berpindah

Iklan
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan. - Foto EPA

MOSCOW - Kira-kira 10,000 penduduk dipindahkan setakat Rabu di Gironde, barat daya Perancis akibat kebakaran hutan, kata pejabat pemantau wilayah itu, lapor Sputnik.

Api telah memusnahkan 6,200 hektar (15,300 ekar) tanah di wilayah yang terkenal dengan ladang anggur dan chateaux (rumah agam Perancis) yang lama. Tiada kecederaan dilaporkan, kata pegawai Martin Guespereau.

Iklan
Iklan

1,000 anggota bomba telah dikerahkan untuk memadam kebakaran itu.

Perdana Menteri, Elisabeth Borne menjanjikan bantuan nasional kepada wilayah berkenaan. Beliau berkata akan ke Gironde pada Khamis bersama-sama dengan Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.

Iklan

Kebakaran marak di seluruh selatan dan barat daya Perancis sejak Julai ketika haba melampau terus menyelubungi sebahagian besar Eropah. Kebakaran yang berlaku selama satu minggu dilaporkan menelan kos sejumlah €6.6 juta (US$6.8 juta). - Bernama

Iklan