Hernandez tawar main percuma bantu Manchester United

Iklan
Hernandez (kiri) yang kini beraksi bersama LA Galaxy sedia bermain secara percuma bagi membantu Manchester yang bergelut dengan prestasi. - Foto Agensi

BEKAS bintang Manchester United, Javier Hernandez menawarkan diri untuk beraksi secara percuma ketika The Red Devils bergelut dengan prestasi dalam saingan awal Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

"Demi Manchester United, saya sanggup bermain untuk mereka biarpun secara percuma," katanya.

Iklan
Iklan

The Red Devils memulakan aksi pembuka tirai EPL dengan langkah kiri setelah tewas 1-2 kepada Brighton pada aksi di laman sendiri, Old Trafford hujung minggu lalu.

Ketika pengendali Manchester, Erik ten Hag terdesak mencari penyerang baharu, penyerang Mexico yang lebih dikenali dengan panggilan Chicharito itu cemerlang membantu LA Galaxy menghuni tangga teratas Liga Bola Sepak Utama (MSL) Amerika Syarikat dan mengintai satu lagi kejuaraan.

Iklan

Hernandez berkata, dia tidak terkejut dengan kemerosotan dan kejatuhan The Red Devils selepas ditinggalkan oleh pengurus legenda, Sir Alex Ferguson.

"Jika United datang (menawarkan diri), saya sanggup bermain secara percuma. Sudah tentu. Anda tahu, saya akan melakukannya," katanya.

Iklan

Bagaimanapun pemain berusia 34 tahun itu mengakui Manchester tetap dekat di hatinya.

"Sudah tentu saya amat menghormati kelab saya (LA Galaxy). Saya bermain dengan sangat konsisten dan bersedia memenangi kejuaraan bersama mereka.

"Namun pada masa hadapan, kita tidak tahu apa akan berlaku. Ketika ini, dalam fikiran saya 100 peratus LA,” katanya.

Kedudukan Hernandez di Old Trafford goyah selepas Ferguson meninggalkan kelab pada 2013.

Dia kemudian dipinjamkan kepada Real Madrid setahun kemudian selepas David Moyes diganti sebagai pengurus oleh Louis van Gaal.