Ribut: Bayi tiga bulan terselamat

Iklan
Anggota APM Padang Terap sedang membuat pemantauan di rumah yang mengalami kerosakan bumbung akibat ribut petang tadi.

POKOK SENA - Seorang bayi berusia tiga bulan hampir ditimpa kayu dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Sungai Durian, di sini petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap, Leftenan(PA) Mohd Shukri Shuib berkata, bayi berkenaan berada dalam buaian di rumahnya ketika kejadian pada jam 4.30 petang itu.

Iklan
Iklan

Katanya, bagaimanapun hanya bumbung rumah terbabit mengalami kerosakan manakala bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Terdahulu, APM menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 4.56 petang memaklumkan terdapat pokok tumbang dan menghalang jalan di kampung berkenaan.

Iklan

"Tiga anggota yang diketuai LTM (PA) Nurul Nadya Yahya bergegas ke lokasi bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

Anggota APM Padang Terap sedang membersihkan pokok yang tumbang dan menghalang laluan di Kampung Sungai Durian, petang tadi.

"Operasi berkenaan mengambil masa kira-kira satu jam untuk memotong dan membersih pokok tumbang terbabit sebelum laluan dibuka semula kepada penduduk kampung," katanya.

Iklan

Mohd Shukri berkata, APM menasihati orang ramai agar mengurangkan aktviti di sebelah petang kerana angin bertiup kuat pada waktu tersebut.

"Ini kerana kita sedang menghadapi pertukaran monsun yang mengakibatkan hujan, kilat serta ribut pada waktu tenghari, petang serta malam.

"Sekiranya berlaku ribut, cari kawasan yang kukuh dan selamat untuk berlindung. Contohnya seperti di rumah atau di bawah jambatan bagi penunggang motosikal," katanya.