KUALA LUMPUR - Polis belum menerima sebarang notis berhubung penganjuran himpunan berhubung isu skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang akan diadakan di hadapan sebuah pusat membeli-belah di sini pada Ahad.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya ada menerima maklumat berkaitan himpunan tersebut, namun polis tidak terima notis dari mana-mana pihak berhubung penganjurannya setakat ini.