[VIDEO] PRU15: Anwar pertimbang tanding di Perak

Iklan
Anwar (duduk, dua dari kiri) ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Perak di Pejabat PKR Perak, di sini pada Khamis.

IPOH - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mempertimbangkan pelawaan PKR Perak untuk bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, antara kerusi dicadangkan termasuklah kawasan Parlimen Tambun yang kini disandang Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Iklan
Iklan

Jelasnya, bagaimanapun perkara tersebut belum dimuktamadkan sepenuhnya.

"(Bertanding di Perak) satu cadangan yang sedang saya pertimbangkan.

Tambun antara cabang yang diusulkan tetapi belum muktamad sebab kawan-kawan di Port Dickson pun merayu supaya kekal di sana jadi saya kena fikir.

Iklan

"Beberapa kerusi dikenal pasti akan dibincang di peringkat negeri dan majlis presiden yang akan bersidang minggu depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Perak di Pejabat PKR Perak, di sini pada Khamis.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas cadangan beberapa pemimpin PKR Perak sebelum ini agar beliau bertanding di Perak.

Iklan

Bekas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sebelum ini memaklumkan hasrat pimpinan negeri untuk Anwar bertanding di Perak sudah disampaikan menerusi satu pertemuan tahun lalu.

Menurutnya, kehadiran Anwar bertanding di Perak dijangka memudahkan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih negeri ini selepas berjaya mengukuhkan Negeri Sembilan.