NEW DELHI -- Bekas gabenor negeri Bengal Barat, Jagdeep Dhankhar mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden India yang baharu di hadapan Presiden Droupadi Murmu pada Khamis.
Beliau menggantikan M Venkaiah Naidu yang berusia 73 tahun untuk penggal lima tahun.
Dhankhar, 71, dicalonkan oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah, menewaskan calon pembangkang Margaret Alva, bekas menteri persekutuan, dalam pilihan raya 6 Ogos.
Beliau memperoleh 528 undi berbanding 182 untuk Alva yang berusia 80 tahun untuk menjadi Naib Presiden ke-14 India.
Pemilihan elektoral untuk jawatan Naib Presiden India dilakukan oleh anggota parlimen.
Naib Presiden bertindak sebagai speaker Rajya Sabha atau Dewan Negara. - Bernama