KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 30 Ogos ini untuk memutuskan permohonan baharu Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Rosmah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Sri Ram, yang mewakili dirinya sendiri.
Hakim itu berkata, beliau akan memberikan keputusan itu melalui e-mel.
Sebelum itu, Shamsul yang mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC), membantah permohonan semakan kehakiman Rosmah bagi memulakan cabaran perundangan berhubung perkara itu atas alasan ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah.
"Pemohon cuba campur tangan dalam prosiding jenayah dengan mengemukakan cabaran di mahkamah sivil.
Sri Ram pula berhujah permohonan Rosmah pada Khamis adalah umpama"meminta mahkamah menyemak semula keputusan mahkamah lain” selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pelantikan beliau adalah sah.
Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu pernah memfailkan permohonan serupa di Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.
Bagaimanapun, permohonan itu telah ditolak dan keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.
Prosiding pada Khamis, Akberdin berhujah bahawa anak guamn beliau hendaklah dibenarkan memulakan cabaran perundangan itu serta mendakwa mereka mempunyai kes yang boleh dihujah dan Rosmah juga ‘terjejas teruk’ susulan pelantikan Sri Ram sebagai pendakwa raya ad hoc dalam perbicaraan kes rasuahnya.
Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu pada 24 Jun lepas di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.
Menerusi permohonan terbaharunya, Rosmah memohon satu deklarasi bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat) bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021, adalah tidak sah.
Selain itu, Rosmah memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh kes projek solar yang berlangsung sejak 15 Nov 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah serta batal dan beliau perlu dibebaskan daripada semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Rosmah berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion bagi menyalurkan tenaga hibrid solar kepada 369 sekolah di kawasan luar bandar Sarawak. - Bernama