Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes

Iklan
Seorang lelaki memegang papan tanda menggesa peningkatan akses kepada vaksin cacar monyet semasa protes di San Francisco pada 18 Julai lalu. - Foto AP.

LOS ANGELES - Kes cacar monyet yang disahkan di Amerika Syarikat melebihi angka 10,000, mencecah 10,392 kes pada Rabu, menurut data terbaharu yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), agensi kesihatan awam negara itu, lapor Xinhua.

Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada Rabu. Ia kali pertama CDC melaporkan lebih 1,000 kes jangkitan harian untuk virus itu sejak yang pertama pada 17 Mei.

Iklan
Iklan

Kes yang disahkan di negara itu masih menyumbang hampir 30 peratus daripada jumlah jangkitan global - 31,800 setakat ini, walaupun penduduk negara itu hanya di bawah 5 peratus daripada populasi dunia.

Pentadbiran Biden Khamis lalu mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam, lebih seminggu selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan global.

Iklan

Pengkritik berkata pihak berkuasa AS bertindak terlalu perlahan dan tidak memenuhi permintaan untuk vaksin kerana bilangan kes terus meningkat.

Senator Negeri California Scott Wiener berkata kerajaan persekutuan sepatutnya boleh menyimpan stok vaksin Jynneos, vaksin cacar yang terbukti berkesan untuk cacar monyet. -Bernama

Iklan