Jangan datang tempat orang buat kacau: Zamsaham

Iklan
Tindakan segelintir penyokong lawan yang membuat provokasi terhadap penyokong Kelantan dipercayai menjadi punca berlakunya kekecohan pada aksi Liga Premier antara The Red Warriors (TRW) dengan Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada petang Selasa.

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman menegur penyokong luar yang datang ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV agar lebih beradab pada masa hadapan.

Teguran itu dilontarkannya Norizam yang dikenali Zamsaham susulan insiden kekecohan yang berlaku setelah tamat aksi Liga Premier antara Kelantan FC dan Perak FC pada Rabu hingga menyaksikan bas Perak FC mengalami sedikit kerosakan pada bahagian cermin dipercayai akibat dibaling dengan objek keras.

Iklan
Iklan

Malah beliau turut memuat naik hantaran di laman Facebooknya dengan bertanyakan adakah penyokong skuad The Bos Gaurus itu membuat kekacauan di stadium berkenaan.

"Benarkah segelintir fans Perak pijak bendera Kelantan dan kencing di padang selepas menang 2-1 tadi?

Iklan

"Jangan datang tempat orang buat kacau,” katanya di laman Facebook berkenaan.

Untuk rekod, kekalahan 1-2 Kelantan FC pada Rabu turut meleburkan rekod tanpa kalah skuad The Red Warriors (TRW) itu di Kota Bharu musim ini.

Iklan

Sementara itu Zamsaham menegaskan, pihaknya boleh menerima kekalahan berkenaan kerana ia sememangnya merupakan adat perlawanan.

Bagaimanapun tindakan provokasi seperti kencing serta memijak bendera negeri dilihat sebagai satu tindakan yang tidak baik dan perlu dielakkan oleh mana-mana penyokong selepas ini.

"Semoga selepas ini fans (penyokong) dari luar lebih beradab dan profesional. Jangan datang tempat orang buat kacau. Kalah ke, menang ke, adat perlawanan.

"Saya boleh terima, tapi kalau dah sampai provok, kencing, pijak bendera ini sesuatu yang tidak baik.

"Di masa depan perlu saling hormat menghormati. Semoga semua fans Kelantan semuanya sihat, selamat pergi balik setiap kali match,” katanya.