'Budak KL' enggan dabik dada

Iklan
Pemain serta pegawai skuad KL City FC bersama sebahagian penyokong meraikan kejayaan mara ke final Piala AFC. - Foto Facebook KL City Fooball Club

KL City FC tidak mahu terlalu mendabik dada biarpun telah mengesahkan slot ke final Piala AFC Zon Asean 2022 hasil kemenangan 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Vattel FC pada Rabu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard, kesebelasan The City Boys diingatkan untuk beraksi seperti biasa dalam usaha memastikan momentum kemenangan berkenaan berterusan dalam aksi final kelak.

Iklan
Iklan

"Kita akan mengharungi perlawanan (akhir) ini sama seperti perlawanan lain bagi memastikan prestasi terbaik dapat dipamerkan daripada setiap pemain.

"Apa pun, kita tetap mengharapkan semua peminat bola sepak tanah air khususnya penyokong KL City FC untuk mendoakan ‘perjalanan’ KL City pada aksi final nanti,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Iklan

Untuk rekod, KL City FC mara ke final Piala AFC 2022 setelah menewaskan kelab Vietnam Viettel FC di Stadium Thong Nhat, Vietnam 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada Khamis setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan setelah tamat masa tambahan pada Khamis.

Mengulas mengenai aksi berdepan kelab Indonesia, PSM Makassar pada aksi final yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras, 24 Ogos nanti, Stanley berkata, kesemua pemain diharap bersedia bagi mengharungi perlawanan berkenaan.

Iklan

Malah katanya, KL City FC dilihat boleh mara lebih jauh kali ini sekiranya dapat bersedia secukupnya bagi mengharungi aksi berdepan kelab Indonesia itu.

"Apatah lagi, apabila berdepan dengan team (pasukan) rival dari Indonesia seperti PSM Makassar,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak berkata, pihaknya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai aksi final berkenaan, tetapi sebaliknya mahu memberikan fokus kepada aksi Liga Super berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC), 18 Ogos ini.

Katanya, sebarang perancangan bagi mengharungi aksi final berdepan PSM Makassar hanya akan dilaksanakan selepas aksi Liga Super berkenaan.

"Kita masih ada banyak masa untuk melakukan persiapan menjelang aksi final dengan PSM Makassar ini.

"Ketika ini fokus kita adalah untuk berdepan Negeri Sembilan NSFC bagi saingan Liga Super minggu depan. Hanya selepas perlawanan itu kita akan mula melakukan persiapan bagi mengharungi aksi final berkenaan,” katanya.