PRU15: Anwar belum buat pilihan bertanding kerusi lain

Iklan
Keratan laporan Sinar Harian pada 11 Ogos 2022

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mengkaji beberapa cadangan berkaitan kerusi bakal ditandingi beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, terdapat beberapa negeri yang dicadangkan untuk beliau bertanding antaranya Perak, Johor dan Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

Pada masa sama Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang menafikan sudah membuat ketetapan untuk memilih Parlimen Tambun sebagai kawasan untuk bertanding pada PRU akan datang.

"Saya tidak cakap Tambun. Saya cakap Perak akan dipertimbangkan kerana ada hujah meyakinkan untuk cadangan tersebut. Jadi, saya cakap akan beri pertimbangan sepatutnya.

Iklan

"Sama juga terdapat cadangan untuk saya turun (bertanding) di Johor dan tentunya ada kawan saya di Pulau Pinang nak saya balik. Saya akan berikan pertimbangan serius dan teroka pilihan yang ada,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, pada Khamis.

Pada Khamis Anwar semasa sidang media di Perak dilaporkan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU-15. nanti.

Iklan

Kata beliau, perkara itu bagaimanapun belum dimuktamadkan.