KPM ambil tindakan jika guru muat naik kandungan negatif di TikTok

Iklan
Hang Soon (tiga dari kiri) memotong riben simbolik melancarkan 'The Gesture' di Bamboo Pavilion di UTAR pada Jumaat.

KAMPAR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana guru yang memuat naik video berunsur sensitif untuk dijadikan kandungan di laman sosial termasuk TikTok.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon bagaimanapun berkata, perkara itu akan diteliti terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran jelas sebelum tindakan lanjut diambil.

Iklan
Iklan

"Biar kami semak perkara ini kerana kita perlu melihat lebih jelas sebelum mengambil langkah seterusnya. Jadi, biar KPM ambil tindakan berpatutan.

"Sebaiknya gunakan media sosial ini dengan cara yang elok untuk sampaikan ilmu pengetahuan kepada anak murid serta masyarakat," katanya ketika ditemui pada sambutan Ulang Tahun ke-20 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pada Jumaat.

Iklan
Hang Soon (empat dari kiri) bersama barisan presiden dan pengerusi majlis UTAR memotong kek sempena sambutan Ulang Tahun ke-20 UTAR di Kampar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu tular melibatkan seorang guru praktikal yang memuat naik video di aplikasi TikTok yang didakwa mempunyai unsur seksual ke atas anak muridnya.

Guru terbabit bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf selepas mendapat kecaman daripada warganet dan memadam video terbabit.

Iklan

Dalam pada itu, Hang Soon berkata, warga pendidik seharusnya memahami tugas sebenar sebagai seorang guru dengan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar mereka.

"Tugas pendidik adalah memastikan anak murid menjadi insan yang baik. Itu yang kita sebut sebagai kemenjadian murid bukan sahaja dari segi pencapaian akademik malah dari aspek rohani dan sahsiah.

"Setiap cara atau tingkah laku yang dibuat termasuk di media sosial menjadi ikutan selain ilmu pengetahuan yang disampaikan di dalam kelas," ujarnya.