Buruh maut motosikal terbabas di LPT2

Iklan
Keadaan motosikal mangsa (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan di kilometer 397.6 LPT2, Bukit Besi menghala ke Ajil dalam kejadian awal pagi Jumaat.

HULU TERENGGANU - Seorang buruh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di kilometer 397.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi menghala ke Ajil dalam kejadian awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd Nazli Dasuki, 40, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa yang berasal dari Tanjong Karang, Selangor itu dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu sempena program RXZ Member 4.0.

"Siasatan awal mendapati mangsa menunggang secara konvoi bersama 19 motosikal RXZ serta empat kenderaan pacuan empat roda dari Tanjung Karang, Selangor menuju ke Kuala Terengganu jam 6 petang pada Khamis.

Iklan

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Iklan