MIC dapatkan data sendiri bantu BN hadapi PRU15

Iklan
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man (tiga, kiri) hadir pada Perasmian Konvensyen Perwakilan MIC Perlis ke -75 dan ke- 76, pada Jumaat. Hadir sama Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran (dua,kiri). - Foto Bernama

KANGAR - MIC akan mendapatkan data menggunakan jenteranya sendiri dan tidak hanya bergantung kepada data yang dikumpulkan Barisan Nasional (BN), bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidenya Tan Sri S A Vigneswaran berkata, MIC ingin berdikari dan telah menyusun jentera sendiri bagi menarik undi kaum india, dan tidak adil untuk terus membiarkan hanya UMNO membuat kerja-kerja seperti pengumpulan data dan sebagainya.

Iklan
Iklan

"Kita tidak ingin terus membebankan UMNO yang selama ini berkerja keras untuk BN, sebaliknya MIC akan turut menyumbang kepada kemenangan BN pada PRU15 nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MIC Negeri Perlis Kali Ke 75 & 76 di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, barisan tertinggi MIC pusat dan negeri serta Pengerusi MIC Negeri Perlis S.Ilanckoh.

Iklan

Beliau yang juga Duta Khas ke India dan Asia Selatan itu berkata sebelum ini, MIC hanya bergantung kepada data-data yang diberikan oleh UMNO, dan walaupun hanya sebuah parti kecil dalam komponen BN, MIC perlu belajar bekerja seperti UMNO.

"Pada saya ada hikmah di sebalik kegagalan pada PRU-14 untuk semua parti dan rakyat Malaysia, Kita perlu belajar dari kekurangan sebelum ini bagi mengambalikan semula tampuk pemerintahan negara kepada BN,” katanya.

Iklan

Ditanya mengenai pembahagian kerusi pada PRU-15 nanti, Vigneswaran berkata perkara tersebut akan dibincangkan bersama antara UMNO sebagai parti induk dengan barisan parti komponen lain, tidak guna bergaduh untuk dapat banyak bilangan kerusi tetapi apa yang lebih penting adalah kemenangan BN. - Bernama