K-KOMM perkenal aplikasi lawan 'scammer'

Iklan
Annuar (kanan) beramah mesra dengan kakitangan Nasken Coffee di Kok Lanas, Kota Bharu semasa program walkabout pada Jumaat.

KOTA BHARU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan memperkenalkan aplikasi dalam usaha melawan dan membendung kegiatan 'scammer'.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sudah memanggil Ahli Lembaga Pengarah Cyber Security Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) bagi membincangkan perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya telah minta beberapa kajian secara spesifik untuk melihat aplikasi yang sudah dipakai di beberapa buah negara dan mereka telah buat beberapa perbentangan berhubung perkara ini," katanya ketika ditemui semasa mengadakan walkabout di sekitar Kok Lanas pada Jumaat

Menurutnya, pertemuan dengan pemilik teknologi dari luar negara itu akan diadakan pada minggu hadapan.

Iklan

Beliau berkata, hasil pertemuan sebelum ini menunjukkan hasil positif namun memerlukan beberapa langkah lagi sebelum dilancarkan untuk kegunaan orang ramai.

Annuar berkata, aplikasi itu memerlukan satu bentuk perlindungan daripada serangan virus, penggodam dan sebagainya.

Iklan

"Jika perlu dibayar, K-KOMM akan pastikan ada kaedahnya dan ia mampu dimiliki. Satu lagi cara mungkin kita akan masukkan terus dalam harga peranti," katanya.

Beliau berkata, dengan adanya aplikasi ini ia dapat membantu mengekang kegiatan 'scammer' yang semakin berleluasa masa kini.