Ibu tunggal terima Anugerah Wanita DUN Paroi

Iklan
Rodziah (kiri) dan Sakdiah menerima Anugerah Wanita DUN Paroi

SEREMBAN - Buat julung kalinya, dua ibu tunggal menerima Anugerah Wanita DUN Paroi, sebagai penghargaan kepada jasa mereka membesarkan anak sendirian.

Mereka adalah, Rodziah Abdul Majid, 47, dan Sakdiah Mad Som,59, yang masing-masing mempunyai tujuh anak yang berjaya.

Iklan
Iklan

Pengerusi Pertubuhan Kasih Di Awan, Norwani Ahmat berkata pemilihan mereka dicadangkan oleh Pengerusi Majli Permuafakatan Komunit Kampung, yang kemudiannya disaring mengikut kriteria yang ditetapkan.

Katanya, kedua-dua wanita ini merupakan ibu tunggal yang berjaya membesarkan tujuh anak mereka sehingga berjaya dalam pendidikan.

Iklan

"Ternyata kekurangan yang ada itu tidak melemahkan semangat ibu tunggal ini untuk mendidik anak mereka.

"Kedua-dua tokoh wanita ini mempunyai tujuh orang anak yang semuanya berjaya dalam pendidikan, ramai antara anak mereka yang masuk ke universiti, pusat tahfiz dan mempunyai pekerjaan yang baik," katanya.

Iklan
x-default

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Wanita Dun Paroi di Pangsapuri Paroi Jaya di sini semalam.

Hadir sama ADUN Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani dan Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nicole Tan.

Tambahnya, anugerah yang julung kali diadakan ini diharap dapat dijadikan inspirasi kepada wanita lain untuk terus bersemangat.

Dalam pada itu, Nicole berkata beliau akan mencadangkan untuk mengadakan Anugerah Tokoh Wanita bagi peringkat negeri, bagi meraikan wanita yang berjaya.

"Setakat ini kita belum ada lagi anugerah wanita di peringkat negeri, tetapi anugerah itu boleh dipertimbangkan pada masa akan datang, melihatkan ada ramai wanita di luar sana yang berjaya.

"Kita perlu mengiktiraf dan menghargai wanita kerana wanita adalah pelengkap kepada kejayaan, sama ada dalam keluarga dan juga negara,"katanya.