Titik permulaan ke arah 40 jam

Iklan
Waktu bekerja mingguan iaitu 45 jam sekali gus menunjukkan petanda baik untuk negara ke arah 40 jam. Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik tindakan kerajaan mengurangkan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam, berkuat kuasa 1 September depan.

Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, ia merupakan titik permulaan ke arah 40 jam waktu bekerja dalam seminggu sepertimana yang dilakukan di negara-negara maju lain.

Iklan
Iklan
Mohd Effendy

Katanya lagi, ia juga selaras dengan cadangan dikemukakan MTUC sebelum ini yang mana mahu kerajaan menyelaraskan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 40 jam seminggu kerana bersesuaian dengan norma masa kini berbanding kehidupan sebelum pandemik Covid-19.

"Kita mengalu-alukan tindakan awal kerajaan dalam mengurangkan waktu bekerja dari 48 jam kepada 45 jam kerana bagi MTUC ini merupakan titik permulaan sebab kalau nak ikutkan dari segi Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mereka kata 40 jam.

Iklan

"Jadi MTUC sambut baik tindakan kerajaan mengumumkan waktu bekerja mingguan iaitu 45 jam sekali gus menunjukkan petanda baik untuk negara ke arah 40 jam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Laporan Sinar Harian pada Rabu.

Pada Khamis, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim memberitahu, pindaan kepada Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan berkuat kuasa pada 1 September ini.

Iklan

Katanya, pindaan tersebut bertujuan menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam waktu kerja, selaras dengan ILO.

Dalam pada itu, Mohd Effendy turut mengakui bahawa pengurangan waktu bekerja itu juga secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerja.