Tok Mat akan jadi hero: KJ

Iklan
Khairy berucap di hadapan penduduk Bandar Ekar, malam tadi.

SEREMBAN - Pengundi DUN Rantau perlu memberi mandat kepada calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memastikan ada 'hero' yang akan mempertahankan dan memperjuangkan hak mereka.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dengan kemenangan Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat itu membolehkan lebih banyak perubahan dan pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan itu.

Iklan
Iklan

Katanya, kehebatan Tok Mat dalam memimpin negeri sebelum ini telah terbukti baik sepanjang tiga penggal mentadbir.

"Kita mahukan seorang pemimpin yang boleh suarakan hak rakyat dan perlu ada hero dalam sidang DUN di Negeri Sembilan.

Iklan

"Saya kenal Tok Mat seorang yang macam mana. Beliau seorang pemimpin yang hebat. Jadi pengundi DUN Rantau perlu memberi kemenangan kepada BN," katanya dalam program ceramah di Bandar Ekar di sini, malam tadi.

Katanya lagi, kegagalan Tok Mat mempertahankan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar selepas PRU14 lalu bukan faktor dirinya, tetapi berpunca daripada tsunami nasional.

Iklan

Justeru katanya, rakyat perlu memberi kepercayaan dan memilih Tok Mat sebagai wakil rakyat mereka untuk memastikan hak rakyat terus diperjuangkan.